Komuniti Keluarga AAI

    Galeri Inspirasi AAI

    Himpunan cerita anak-anak daripada keluarga AAI di Sungai Buloh dan komuniti sekitarnya—daripada hasil masakan dan aktiviti harian hingga pencapaian serta keberanian memimpin.

    Kini ada kategori Kepimpinan (Leadership)

    Ibu Bapa Cemerlang 2026

    Top 10

    Ibu bapa mengumpul ⭐ purple sepanjang tahun melalui Galeri Inspirasi dan aktiviti portal. Top 5 akan menerima Sijil Penghargaan + Voucher penaja di Majlis Hari Akhir Tahun.

    Bintang pembaca galeri termasuk pembaca luar berasingan; kedudukan ikut bintang rasmi ibu bapa.

    Jadual Pembahagian Bintang (ikut tunjang KSPK)
    TunjangContoh perkongsian⭐
    Kerohanian & Nilai (Sahsiah)Baca surah hafazan, doa harian, solat berjemaah di rumah, adab dengan ibu bapa20⭐
    Komunikasi & Literasi (Akademik)Membaca buku, mengaji/Iqra', bercerita, menulis huruf20⭐
    Sains & Matematik (Akademik)Mengira, menyusun bentuk, eksperimen ringkas di rumah20⭐
    Fizikal & PsikomotorTolong ibu memasak, mengemas, mencuci pinggan, bersukan20⭐
    Sosioemosi & KemanusiaanBerkongsi, membantu adik/rakan, menjaga tumbuhan/haiwan20⭐
    Kreativiti & EstetikaMelukis, mewarna, kraf, nasyid/persembahan20⭐
    Masuk app & membacaTanpa perlu menulis; genap 24 jam selepas ganjaran terakhir bagi setiap keluarga10⭐
    Bonus Sebut AAIVlog disahkan admin yang menyebut AAI / Akademi Al Itqan+50⭐

    Setiap vlog biasa yang disahkan mendapat 20⭐. Extra +50⭐ hanya untuk vlog yang menyebut AAI.

    Nama dipaparkan secara ringkas untuk privasi. Ibu bapa boleh semak kedudukan penuh di Portal Ibu Bapa.

    Tentang Galeri Inspirasi Akademi Al Itqan

    Galeri Inspirasi menghimpunkan vlog aktiviti anak, resepi keluarga, pencapaian dan kisah kepimpinan murid Tadika AAI, KAFA AAI, Transit AAI dan Kelas Mengaji AAI di Sungai Buloh. Setiap perkongsian ibu bapa menunjukkan perkembangan anak mengikut tunjang KSPK — kerohanian, sahsiah, komunikasi, kreativiti, fizikal dan akademik.

    Ibu bapa AAI boleh berkongsi vlog melalui borang Hantar Vlog dan mengumpul bintang untuk ganjaran hujung tahun. Ketahui lebih lanjut tentang Akademi Al Itqan.