Ucapan Rasmi Pengetua

    Selamat Hari Malaysia 2026 🇲🇾

    16 September 2026 · Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

    Poster Selamat Hari Malaysia 2026 — Muhammad Alfateh bin Ismail, Pengetua Akademi Al Itqan
    🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾 Alhamdulillah, 16 September menjadi detik penting untuk kita mengenang erti sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian, kebersamaan dan semangat untuk hidup sebagai satu bangsa Malaysia. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk kita terus memelihara keharmonian, memperkukuh perpaduan serta membina masyarakat yang saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain. Semoga Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, sejahtera dan diberkati Allah SWT. Marilah kita bersama-sama memainkan peranan, bermula daripada keluarga, masyarakat dan komuniti, demi masa depan Malaysia yang lebih baik. 🇲🇾 Selamat Hari Malaysia! Muhammad Alfateh bin Ismail Pengetua Akademi Al Itqan
    Muat turun poster Laman utama