
Kelonggaran Kehadiran Murid Susulan Banjir
📅 Rabu, 4 November 2026
Akademi dibuka seperti biasa. Kelas dan urusan pentadbiran diteruskan.
Susulan banjir di Kampung Kubu Gajah dan sekitar Sungai Buloh, ibu bapa dan penjaga boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke akademi hari ini mengikut keadaan keluarga dan keselamatan perjalanan.
Jika anak tidak hadir, mohon maklumkan kepada guru kelas untuk rekod kehadiran.
Elakkan meredah banjir dan patuhi arahan pihak berkuasa.
Semoga Allah SWT melindungi dan mempermudah urusan semua keluarga yang terjejas.
Pengurusan Akademi Al Itqan

Amalan Kesihatan dan Keselamatan Diri Semasa Banjir
Nasihat umum untuk semua keluarga Akademi Al Itqan. #KekalSihat
- Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
- Makan makanan yang telah dimasak dan elak makan makanan mentah
- Jika makan buah, kupas kulitnya
- Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
- Larang kanak-kanak bermain air banjir
- Jangan merokok dan menghisap vape di pusat pemindahan sementara
- Jaga kebersihan diri dan persekitaran
- Pesakit kronik perlu patuh dengan arahan pasukan perubatan
- Balut luka jika cedera
- Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

