Terma Pendaftaran Sesi 2027
Akademi Al Itqan — Tadika AAI, KAFA AAI, Transit AAI dan Kelas Mengaji AAI. Tarikh kuat kuasa akan dimaklumkan selepas kelulusan pengurusan. Polisi Yuran 2026 kekal terpakai sehingga itu.
1. Bayaran bulan pertama
- Yuran bulan pertama dijelaskan sebelum sesi baharu bermula, mengikut terma pendaftaran.
- Bayaran booking pendaftaran ialah tempahan tempat dan bukan yuran bulan pertama.
- Bayar melalui QR Bank Islam (BIMB) dan muat naik resit di Portal Ibu Bapa.
2. Tempoh bayaran bulanan (cadangan)
Yuran bulanan dijelaskan antara 25hb bulan sebelumnya hingga 5hb bulan semasa. Peringatan dihantar secara peribadi, bukan dalam kumpulan.
3. Pembaharuan pendaftaran
Tunggakan tahun sebelumnya perlu diselesaikan, atau mempunyai pelan bayaran bertulis yang diluluskan, sebelum pendaftaran diperbaharui.
4. Pelan ansuran bertulis
- Untuk keluarga yang menghadapi kesulitan kewangan.
- 3 bayaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.
- Dimohon melalui Portal Ibu Bapa dan diluluskan oleh Juruaudit.
- Janji melalui WhatsApp sahaja bukan pelan ansuran rasmi.
- Jika pelan yang diluluskan tidak dipatuhi, perkara ini dirujuk melalui notis rasmi.
Polisi Pendaftaran 2026 (terkunci · rujukan)
Terma di atas ialah draf sesi 2027 dan tidak mengubah terma pendaftaran 2026. Rujukan 2026 dikunci supaya kedua-duanya tidak tercampur:
- Tadika AAIDaftar RM100 · Baju (sepasang) RM60 · Buku RM300 · Aktiviti RM100 · Sukan RM100 · Graduasi RM100 · KHC RM25 · Photoshoot pilihan · Lawatan pilihan
- KAFA AAIDaftar RM50 · Baju L RM45 · Baju P RM50 · Buku RM50 · Aktiviti RM50 · Utiliti RM50
- KAFA AAI (UPKK / ILMU)Daftar RM50 · Baju L RM45 · Baju P RM50 · Buku RM80 · Aktiviti RM50 · Utiliti RM50 · Seminar RM100 · Peperiksaan RM120
- Kelas Mengaji AAIDaftar RM50 · Utiliti RM60
- Transit AAITiada yuran tahunan — pakej bulanan / harian
- Caj "Daftar" hanya untuk pelajar baru 2026; pelajar sedia ada tidak dicaj daftar.
- Baju Tadika RM60 adalah sepasang (atas + bawah), bukan sehelai.
- Graduasi dan gambar hanya untuk Tadika AAI; KAFA tidak menyertainya.
- Transit AAI tiada yuran tahunan — hanya pakej bulanan / harian.
- Bayaran booking / daftar pendaftaran tidak dikembalikan.
- Tiada denda atau caj lewat; bayaran bulanan mengikut polisi 7hb / 10hb / 14hb.
Rujukan Pendaftaran AAI 2026 — kompilasi Jadual Yuran 2026 + AAI/PENT/TK/2026/03 (Lampiran A)
Kebajikan & maruah murid
Urusan yuran adalah sulit antara pentadbiran dan penjaga. Tiada denda atau caj lewat. Tiada penggantungan atau penamatan secara automatik; semua tindakan disemak oleh pengurusan.
Pengurusan Akademi Al Itqan